Friday 30 December 2011

Peringatan Buat diri....

Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:

(1) Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah. 
(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan. 
(3) Mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. 

Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain. (H.R. Muslim)


Islam juga melarang daripada mempunyai penyakit-penyakit hati seperti berikut;

1- Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian (hubbu dunya wakarahiyatul maut): Cinta kepada dunia dapat melahirkan sifat tamak kepada pangkat, harta benda dan sebagainya dan benci kepada kematian menyebabkan seseorang itu alpa kepada pembalasan di akhirat.

2- Cemburu dan iri hati: Iri hati ialah sifat yang muncul akibat dari perasaan ego dan sombong sehingga tidak boleh melihat orang lain melebihinya. Lalu digunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan orang tersebut termasuklah melalui pembunuhan.

3- Dendam kesumat: Terdapat di kalangan kita yang sukar memaafkan dan melupakan kesalahan. Lantas ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati. Apabila perasaan ini dipendamkan, ia akan mencetuskan dendam yang berpanjangan.

No comments:

Post a Comment