Thursday 26 January 2012

Surah Ash-Shams


 
 
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا [91:1]
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا [91:2]
Dan bulan apabila ia mengiringinya
وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا [91:3]
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا [91:4]
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita
وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا [91:5]
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya
وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا [91:6]
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا [91:7]
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا [91:8]
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا [91:9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا [91:10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat
كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا [91:11]
Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas
إِذِ انبَعَثَ أَشْقَاهَا [91:12]
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat
فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا [91:13]
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab
فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنبِهِمْ فَسَوَّاهَا [91:14]
Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya
وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا [91:15]
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil
 
Amalan untuk kemurahan rezeki....amiinnn...

Thursday 19 January 2012

CNY GIFT


CNY give away from my company.....nice x? besar2 limau...yang paling penting dia punya bekas sangat cantik dan menarik...10 biji limau besar. wooo...nyum n sgt manis...:)

Friday 13 January 2012

Bila Langit Mendung....

hikmah hujan .. we r now entering musim hujan until early next yr .. banyak peluang untuk berdoa ni .. ;) enjoy the knowledge below ..
salam..
<><><><><><> <><><><>< ><><><><> <><><><>< ><><><><> <><><><>< ><><><
 
Kekadang  terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
'Cuaca  buruk je akhir-akhir in ye..' Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca  buruk?

Berapa  ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari  hujan?
-  Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan  laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat  apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi,  hujan!

Bukankah  bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :  'Allahumma  syaiyiban nafi'a' (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat  buat kami).

Hakikatnya,  hujan itu rahmat.

'Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin  sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya  (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan  dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami  turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan  itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan  (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat  (mengambil pelajaran daripadanya) .' (Al-A'raf :  57)

Sebenarnya  hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur  tanaman
3. Membekal air ke empangan etc

Ini  sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang  selalu 'bad mood' bila hujan?

'Hujan tidak, mendung pun tidak,  tiba-tiba je bermuram in..?' Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah  sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian  hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat  manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA  mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan.  Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan  peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang  terbuka?

'Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan  hujan yang mencurah-curah' (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga  Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik.  Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga  mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman  Allah yg bermaksud : 'Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan  yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan  sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. ' (Al-Mukminun :  18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini  Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada  sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama  mana? Itu semua rahsia Allah.

'Dan Kami hantarkan angin sebagai  pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air  (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah  kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. ' (al-Hijr :  22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

'Dan Allah  jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah  dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah  kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang  kamu lakukan.' (Surah Hud : 123)
 
So  lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler  banyak2... insyallah .. :)

Thursday 12 January 2012

► Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
.♥ Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata..

•► Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
.♥ Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..

•► Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
♥ Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..

Tiada Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia..♥♥
 
❤ Belajarlah untuk kehilangan dia..andai dia bukan jodoh kamu ✔
❤ Belajarlah untuk tabah..andai dia pergi dari hidup kamu ✔
❤ Belajarlah untuk menerima hakikat..yang dia bukan milik kamu ✔
❤ Belajarlah untuk berhenti mencintai dia..andai cinta dia bukan untuk kamu ✔
 
 
 

~Keinsafan~

"Jika seandainya dosa itu berbau, nescaya aku akan dipinggirkan oleh penduduk dunia kerana terlalu busuknya bau dosa-dosaku yang terlalu banyak.."

Wednesday 11 January 2012

Kesepian

apalah ertinya gaji dan pangkat naik mencanak tetapi sampai pada suatu tahap.... hidup kesepian, tiada siapa untuk dicintai....
--> semoga Allah sabarkan hati yang belum dimiliki dalam satuan pernikahan
Fedtri-Yahya 
 

3 Perkara Dalam Hidup

~3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali
 1)Waktu
2)Kata-kata
3)Kesempatan
 
~ Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang 
1)Kemarahan
2)Keangkuhan
3)Dendam
~Ada 3 hal yang tidak boleh hilang
1)Harapan
2) Keikhlasan
3) Kejujuran
 
~Ada 3 hal yang paling berharga
1) Kasih Sayang
2) Cinta
3) Kebaikan
 
~Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti
1)Kekayaan
2) Kejayaan
3) Mimpi
 
~Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang
1)Komitmen
2) Ketulusan
3) Kerja keras
 
~ Ada 3 hal yang membuat kita sukses
1)Tekad
2) Kemahuan
3) Fokus
 
~ Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu
1)Rezeki
2) Umur
3) Jodoh

TAPI, ada 3 hal dalam hidup yang PASTI ..Tua...Sakit...Kematian.
 
Copied from a friend Wall ~Fazura~

HAK SUAMI lwn HAK ISTERI

Satu artikel yang menarik untuk dikongsi..yes...maybe not to me..but..i guess no harm done if i share this...:)


1- Suami boleh menghalang isteri keluar rumah walaupun tanpa sebab. Justeru, suami boleh menghalang isteri keluar rumah, jika ada sebab.

* Pengecualian: hadis jangan menghalang wanita-wanita ke masjid.

2- Isteri wajib ta`at pada setiap perintah suami, walau apa pun perintah itu.

* Pengecualian: hadis tiada keta`atan pada ma`siat kepada Allah.

3- Isteri tidak boleh mempertikaikan tindakan suami melarangnya keluar, kerana isteri adalah hak mutlaq suami.

4- Isteri tidak boleh bergaduh dengan suami untuk balik raya ke rumah ibu bapa isteri, kerana keputusan adalah hak mutlaq suami. Suami tidak perlu berunding pun dengan isteri hendak balik ke mana. Itu hak suami.

* NOTA: Isteri yang bergaduh dengan suami, menunjukkan isteri itu telah derhaka [nusyuz], maka suami berhak mengajar isteri dengan hukuman yang dibenarkan [nasihat, pukul, memisahkan tempat tidur].

5- Isteri boleh meminta izin, atau merayu, tetapi suami boleh mengabaikan permintaan isteri atau rayuannya.

* NOTA: Hak suami, maka terpulang kepada suami.

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w serta menerangkan katanya: “Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (H.R. Al-Hakim)
Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu'awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah". (H.R. Abu Daud) 
 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh. (H.R. Muslim)

Hakikatnya memang benar bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami hingga di Barat, wujud undang-undang yang disebut marital rape (suami merogol isteri). Namun dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Jika isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah tidak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi jika tidak ada sebarang sebab untuk menolak, jika diminta oleh suami maka si isteri wajib memenuhinya. Permasalahan ada ‘mood’ atau tidak, ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut tetapi janganlah sampai melanggar batas-batas syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah. (H.R. Ibnu Majah)

1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.
2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.
3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.
4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

wahai suami, berikanlah kepada isteri dan anak-anakmu hak mereka.. wahai isteri, penuhi hak suami kamu.. jika tidak kamu berikan, kamu akan dituntut di akhirat kelak dan dipertanggungjawabkan atas segala yang kamu lakukan..
 credit to:Syahiruldotcom

Monday 9 January 2012

~~Wanita~~

 
Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Kata Al-Khawarizmi:,

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada...

maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0". Ditanya ttg perempuan terbaik. Kata Imam Al-Ghazali pula dlm Kitab Nasihat Al-Mulk:

Bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:
pertama seperti tabiat babi,kedua seperti tabiat kera,ketiga seperti tabiat anjing,keempat seperti tabiat ular,kelima seperti tabiat baghal,keenam seperti tabiat kala,ketujuh seperti tabiat tikus,kelapan seperti tabiat unggas,kesembilan seperti tabiat serigala dan kesepuluh seperti tabiat kambing.

1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinya "yang fitnah itu tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.
Credit to:Ariff
 
 

Thursday 5 January 2012

Kaa'bah

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

- Sekadar penyampaian dari artikel asal, zaidimokhtar.com
 credit to:Maher Zain


Wednesday 4 January 2012

~Cinta Kau dan Aku~


Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telah membuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.

6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.
~~~~~~~~~~~
~~~sometimes it takes a lot of rain...before you get your rainbow...~~

Suami Idaman....=)

Just something to share....got this from a fren wall...doa...doa..merayu moga permintaan dimakbulkan....Amiiiinnn =) 10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melam...bangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday 3 January 2012

~~Insaf~~~


Jika kita tidak merasakan kemanisan solat, membaca Quran, puasa, zakat dan berbuat baik, ianya satu hukuman dari Allah buat kita. Tanyalah diri samaada kita suka, atau sama ada kita merasa berat melakukan ibadah kepadaNya? Kadangkala untuk membalas kejahatan dan dosa, Allah memberikan azab dengan, MENARIK DARI KITA MERASAKAN KENIKMATAN BERIBADAH. 

Ya Allah jauhkanlah, moga hati ini sentiasa menantikan tiba waktu solat, tenang bersujud, riang membaca Quran dan benci dengan kejahatan, mengeji, menghina orang lain. Merayu...moga Allah memberikan yang terbaik untk kita semua. Mungkin sebelum mencapai yang terbaik ianya perlu dilalui degan kepedihan & keperitan. Ingatlah sedih, sayu, sakit hati ini hanya Allah yang tahu, kerana Allah Maha Teliti terhadap apa yang kita kerjakan. 

Merayu dan merayu kepada Allah, seperti seorang anak merayu mahukan gula dari si ibu. Akhirnya ibu mengalah jua, Allah pasti akan mendengar dan memberi..tapi merayulah dengan linangan air mata seikhlas hati. Akhir sekali, tegakkanlah keadilan, apa yang kita fikir adil perlu ditegakkan, kerana Islam agama yang adil, namun berdoalah untuk diberikan ilmu dan hikmah, kerana ilmu sahaja tidak akan mencukupi...fikirkanlah...kadangkala apabila keadilan mahu ditegakkan , dalam masa kita mahu menegakkan keadilan itu kita berlaku sungguh tidak adil. 


~~~~ Renungan..~~~

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu. 

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.