~~Wanita~~
Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik. Kata Al-Khawarizmi:,
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...
maka, tiada apa yang tersisa padanya kecuali sekelompok "0".
Ditanya ttg perempuan terbaik. Kata Imam Al-Ghazali pula dlm Kitab
Nasihat Al-Mulk:
Bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan iaitu:
pertama seperti tabiat babi,kedua seperti tabiat kera,ketiga seperti
tabiat anjing,keempat seperti tabiat ular,kelima seperti tabiat
baghal,keenam seperti tabiat kala,ketujuh seperti tabiat tikus,kelapan
seperti tabiat unggas,kesembilan seperti tabiat serigala dan kesepuluh
seperti tabiat kambing.
1. Perempuan yang seperti tabiat
babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan makan minum
memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi tiada
ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada
segala amal yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi
rumahnya.
2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar
memakai kain yang berwarna merah dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu
memakai emas dan perak serta bermegahkan dirinya dan membesar-besarkan
dirinya terhadap suaminya.
3. Perempuan yang seperti tabiat
anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya dipalingkan
mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi
tatkala tiada harta pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya
dan dinyahkan dari rumahnya dan lagi tiadalah ia mahu diam daripada
menista-nista suaminya.
4. Perempuan yang seperti tabiat baghal
pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang ditakutinya dipalu
sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan adalah
berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.
5.
Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila
mendengar kata-kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi
berkelahilah dia dengan orang-orang itu.
6. Perempuan seperti
tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta
berbantah-bantah ia dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya
barang yang bertemu dengan dia dan tiadalah ia takut akan bahaya akhirat
seperti sabda nabi s.a.w. ertinya "yang fitnah itu tiada masuk syurga".
7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya daripada suaminya.
8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang
tiada sesaat pun istirehat dan apabila suaminya datang maka katanya
darimana engkau tiada engkau kasih akan daku dan engkau kasih orang lain.
9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya
di dalam rumah maka pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka
dimulainya perbantahan seperti katanya bahawaku seorang diriku dirumah
serta sakitku engkau pergi bermain-main.
10. Perempuan seperti
tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah
perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan
segala orang kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat
kebaktian akan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment