HAK SUAMI lwn HAK ISTERI
Satu artikel yang menarik untuk dikongsi..yes...maybe not to me..but..i guess no harm done if i share this...:)
1- Suami boleh menghalang isteri keluar rumah walaupun tanpa sebab.
Justeru, suami boleh menghalang isteri keluar rumah, jika ada sebab.
* Pengecualian: hadis jangan menghalang wanita-wanita ke masjid.
2- Isteri wajib ta`at pada setiap perintah suami, walau apa pun perintah itu.
* Pengecualian: hadis tiada keta`atan pada ma`siat kepada Allah.
3- Isteri tidak boleh mempertikaikan tindakan suami melarangnya keluar, kerana isteri adalah hak mutlaq suami.
4- Isteri tidak boleh bergaduh dengan suami untuk balik raya ke rumah
ibu bapa isteri, kerana keputusan adalah hak mutlaq suami. Suami tidak
perlu berunding pun dengan isteri hendak balik ke mana. Itu hak suami.
* NOTA: Isteri yang bergaduh dengan suami, menunjukkan isteri itu telah
derhaka [nusyuz], maka suami berhak mengajar isteri dengan hukuman yang
dibenarkan [nasihat, pukul, memisahkan tempat tidur].
5- Isteri boleh meminta izin, atau merayu, tetapi suami boleh mengabaikan permintaan isteri atau rayuannya.
* NOTA: Hak suami, maka terpulang kepada suami.
Seorang
perempuan datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w serta menerangkan
katanya: “Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah
tangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya
sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah
suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu.
Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku
perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (H.R. Al-Hakim)
Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu'awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab: "Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah". (H.R. Abu Daud)
Dari
Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila
seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi tidak
diendahkan oleh isterinya, lalu malam itu suaminya marah kepadanya maka
isteri itu mendapat kutukan malaikat sehingga Subuh. (H.R. Muslim)
Hakikatnya memang benar bahawa wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu si suami hingga di Barat, wujud undang-undang
yang disebut marital rape (suami merogol isteri). Namun dari satu sudut
lelaki memang perlu bertolak ansur. Jika isteri penat, datang haid,
baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memanglah
tidak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Tetapi
jika tidak ada sebarang sebab untuk menolak, jika diminta oleh suami
maka si isteri wajib memenuhinya. Permasalahan ada ‘mood’ atau tidak, ia
perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu mewujudkan mood tersebut
tetapi janganlah sampai melanggar batas-batas syarak.
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang memberi nafkah kepada
isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang
diberikan adalah sedekah. (H.R. Ibnu Majah)
1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.
2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.
3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.
4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam
membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang
ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang
akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
wahai
suami, berikanlah kepada isteri dan anak-anakmu hak mereka.. wahai
isteri, penuhi hak suami kamu.. jika tidak kamu berikan, kamu akan
dituntut di akhirat kelak dan dipertanggungjawabkan atas segala yang
kamu lakukan..
No comments:
Post a Comment